Feeds:
Posts
Comments

Taubat Seorang Hamba….

Assalamualaikum…

Lagu yang sangat menginsafkan… hayatilah liriknya….

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa…

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x…..
Taubatku ini…..

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x…
Taubatku ini…

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima…

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x….
Taubatku ini…

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini…

Advertisements

Melayu!!!

Assalamulaikum…

Sudah lebih satu bulan sesudah pilihan raya, namun bahang keputusannya masih dirasai… isu yang paling ketara adalah hak-hak orang Melayu…. bermula dengan isu DEB di Penang, diikuti isu Babi di Selangor….seolah-olah orang Melayu semakin kehilangan kuasa…. Namun, apakah yang menyebabkan orang Melayu menjadi begitu?? Sebab UMNO kalah??? PAS dan PKR menang??? Saya tidak mempunya komen tentang penglibatan politik dalam hal ini.

Namun, saya melihat kelemahan orang Melayu dari sudut lain… jika kita kaji sejarah, 600 tahun lalu, kemasyuran kerajaan Melayu ISLAM begitu hebat. Kehebatan Kesultanan Melayu Melaka , Kesultanan Sulu, Kesultanan Acheh memang tidak perlu kita pertikaikan…. Perlu diingat, kesemua kerajaan ini mengguna pakai sistem ekonomi dan perundangan Islam dalam pentadbiran mereka….ya, SISTEM ISLAM…. mereka mempraktikan Islam dalam kehidupan seharian mereka… Maka, tidak hairanlah mereka begitu hebat dan berkuasa pada ketika itu….Hinggalah kedatangan Portugis, memecahbelahkan orang Melayu, meracuni orang Melayu dengan wang dan harta…diikuti pula oleh British yang menerapkan pemikiran sekular dalam pandangan orang Melayu….orang melayu makin jauh dengan sumber kekuatanya, iaitu ISLAM…. sehinggalah ke hari ini, Islam sekadar simbolik sahaja bagi orang Melayu, bukan lagi cara hidup….

Saya melihat hal orang melayu sama seperti orang Arab… satu ketika dahulu, orang Arablah yang paling hebat… Kekuasaan Arab Islam berkembang hingga ke Eropah… namun, sekarang, apa yang telah terjadi… orang arab sering dihina di barat…dan jika dikaji, sebabnya sama dengan orang Melayu, jauhnya mereka dari ISLAM ( pemimpin yang paling utama ). Jadi, untuk menjaga kembali hak-hak orang Melayu, tiada jalan lain kecuali kembali kepada kehidupan Islam… usah dituduh pihak mana yang menggadaikan hak orang Melayu…orang Melayu patut sedar, merekalah yang menggadaikan haknya apabila menerima cara hidup barat dan meningglakan cara hidup ISLAM….

Oleh itu, saudara-saudari, marilah kita mempertahankan hak orang MELAYU dengan kembali kepada kehidupan ISLAM…. tanpa ISLAM, MELAYU umpama buah padi tanpa beras di dalam, mudah ditiup angin….

wassalam

Fitna…

Assalamualaikum….

Seminggu dua ini, heboh cerita tentang filem Fitna yang dikeluarkan oleh ahli politik Belanda, Gert Wildert. Sebelum daripada itu lagi, seorang murtad, Ehsan Jami telah pun menyiapkan sebuat animasi yang menghina Rasulullah SAW. Namun, berikutan bantahan terhadap Fitna, animasi itu telah dibatalkan penyiarannya walaupun preview nya telah disiarkan di televisyen Belanda.

Pelbagai reaksi timbul. Bantahan, demonstrasi, kecaman dan sebagainya dikeluarkan oleh negara Islam. OIC dan Liga Arab seperti biasa mengeluarkan kenyataan mengutuk dan mengecam tindakkan itu. Namun, adakah itu telah memadai untuk menyelesaikan masalah ini??

Salah satu cara yang berkesan untuk menunjukkan kemarahan kita adalah memboikot barangan Belanda. Ini adalah salah satu cara yang paling berkesan kerana, Belanda merupkan negara sekular yang bertuhankan wang dan harta. Sebarang tindakan yang menggangu ekonomi boleh menyebabkan mereka gusar dan boleh menggangu ekonomi mereka. Namun dalam keadaan masyarakat sekarang, berapa ramai yang mahu memboikot?? Itu persoalannya…..

Namun, disebalik kutukan dan kecaman serta seruan boikot itu, kita perlu bertanya diri sendiri… Adakah kita mencintai Islam… benarkah kita tidak menghina Islam???…. Bagi saya, kelakuan orang Barat itu tidaklah pelik… Al-Quran sendiri pernah menyatakan dalam surah Al-Baqarah ayat 120 “sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka.”Jadi tindakan-tindakan sebegini adalah biasa bagi orang2 kafir. Namun, apakah kita tidak menghina al-quran apabila kita sentiasa membaca(kalau bacalah) tetapi tidak mengambil iktibar dan mengamalkannya??? Apakah kita tidak menghina Rasulullah apabila sunnahnya sendiri kita abaikan dan kita tinggalkan???? Inilah persoalan yang saya ingin bangkitkan….

Jadi, sama-samalah kita muhasabah diri kita semula… Apakah kita mengamalkan apa yang kita dapat dari Al-Quran?? Bukankah satu penghinaan jika di pagi hari kita membaca surah al-Isra ayat 32″ dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat,’’tetapi pada waktu tengah harinya, kita dengan selambanya berdating. Sama-samalah kita fikirkan, siapakah yang sebenar-benarnya menghina Islam……

wassalam

Couple…

Assalamualaikum…

Isu couple merupakan satu isu yang tidak pernah padam dalam masyarakat muda-muda terutama golongan mahasiswa. Saya tidak perlu kupas lebih lanjut tentang isu ini kerana pelbagai kupasan tentangnya boleh dibaca di laman web sperti ukhwah.com , iluvislam.net dan zaharuddin.net…

Namun, yang ingin saya tekankan di sini ialah, istilah couple mengikut syariat…. couple mengikut syariat merupakan salah satu jalan dalam menyemai perasaan cinta antara dua insan yang diredhai Allah… namun, syaratnya perlu diikuti agar tidak terpesong niatnya…step-step percintaan cara ini boleh diringkaskan seperti dibawah :

1.Berkenan ( jatuh cinta pandang pertama)

2.Ta’aruf ( ditemani mahram si perempuan)

3.Istikharah

4.Merisik

5.Betunang (optional)

6.Akad

Bercinta sepuas-puasnya

Begitulah step-step yang cukup mudah untuk mebolehkan seseorang memdapat pahala yang besar disamping memperolehi cinta sejati… namun, dengan teknologi masa kini, step kedua selalunya diganti dengan SMS atau Email…. hal inilah yang menjadi satu sebab mengapa niat murni seseorang untuk bercinta menjadi satu kekejian baginya… saya lebih menumpukan artikel ini kepada orang lelaki (sebab saya lelaki)…. bagi yang menghantar SMS berbentuk tazkirah sebagai perkenalan, alhamdulillah, bagus… namun, apakah tujuan SMS itu… untuk memikat atau untuk menasihat??? Saya tidak dapat menilai keikhlasan seseorang, terserahlah kepada anda… Namun, yang memulakan SMS dengan perkatan-perkataan jiwang inilah yang bermasalah… permasaalahan dari segi ibadat, dari segi niat dan sebagainya…..

dari segi ibadat, kekusyukan solat boleh terganggu akibat dari terlalu teringat SMS-SMS yang jiwang-jiwang….. niat asal tujuan SMS mungkin boleh terpesong… silap-silap boleh membawa kepada aktivi dating yang mejurus kepada zina yang sama-sekali ditegah oleh ALLAH…. dari segi pembelajaran pula, keasyikan berSMS mungkin boleh membawa kepada jatuhnya prestasi seseorang dalam pelajaran… dari segi pembelanjaan pula, boleh menyebabkan bajet pembelanjaan anda kacau bilau disebabkan terlebih bajet dalam kad prepaid…. pendek kata, pelbagai implikasi negatif boleh terjadi hanya dengan berSMS….

Jadi, saudara-saudara, janganlah mencemari cinta yang suci dengan perbuatan-perbuatan yang mendatangkan murka ALLAH… peliharalah ia, jagalah ia mengikut syariat yang telah saya sebutkan di atas. dan kepada kaum wanita pula, janganlah menjadikan diri anda asbab kepada kelalaian kaum lalaki… sesungguhnya, seindah hiasan dunia adalah wanita solehah….

wassalam.

Test yourself!!!

Terdapat pelbagai cara untuk menguji
keunikan tubuh badan kita, diantara
keunikan itu sudah tentulah otak
manusia.. dibawah ini ada ujian yang
menarik untuk dicuba bersama…..

Ini adalah ujian masa yang ringkas,
cuma
lakukan dan jangan cuba menipu
diri anda sendiri

Kira jumlah huruf F’s dalam perenggan
dibawah dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

dah selesai?

Scroll kebawah hanya apabila anda telah
selesai mengira!

OK?

berapa banyak?

tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)

baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Salah, sebenarnya terdapat 6, kira
semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut
diterangkan dibawah
ini…

otak LELAKI tidak memproses
perkataan “OF”.

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F’s
pada permulaan
ujian memiliki otak
PEREMPUAN

Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji
setakat mana
kebenaran perkara
ini..”

Teka-teki merepek…


1) Paling banyak banyak binatang kat
dalam hutan belantara….Binatang
ape yang pemalas ????
Singa Jantan…pasal dia malas nak
cukur misai sampai tebal satu
muka….
2) Kenapa Amerika takut kat Jepon…..
dan Jepon pulak takut kat Amerika?????
Pasal Jepon ade Ultraman….Amerika
pulak kan ade Superman…?!

3) Dalam banyak banyak Pokok….Pokok
ape yg paling tinggi ???
Pokok atas gunung ddahhhh………

4) Kalau kamu pandai….Sila jawab
soalan inie dalam bahasa Arab dah.
Soalan :
<a> Seorang Tua jatuh dari tingkat 40
lalu mati…….
<b> Siti Nurhaliza berlari keliling
padang tanpa seurat benang….
<c> Bulan depan gaji Rahim naik $1
juta…….

Jawapan :
(A) Inna’lillah wa’inna’lillah
hira’ji’unn…..
(B) Astagh’firullah’hal’azimm…….
(C) Al’hamdulillah……….

5) Ade seorang budak , rumah tingkat 10
, tiap-tiap hari , dia naik lif
sampai tingkat 8 , terus naik tangga
lagi 2 tingkat….kenapa pulak?
Sebab budak nie pendek..tak sampai nak
picit tingkat 10….

6) Paling banyak banyak Bangsa dalam
alam inie…Bangsa yg mane satukah
yang paling hebat dalam dunia nie?????????
Tak tahu ke???….. Bangsa Melayu
dahh….pasal boleh makan UBI
KAYU…JAMBU
BATU, PUCUK PAKU….
BELIMBING BESI….IKAN SELAR
PAPAN…BUAH KERAS…CILI API dan lain
lain
lagi…..betul tak???

7) Aper dia ….naik cepat….turun
lambat….??????
hingus lahhh…….Banyak banyak surat …….

surat
ape yg tak perlu di jawab?????
Suratan takdir illahi lahh…(siapa yg
nak surat seperti ini?)

9) Apasal baju Superman Ketat????????
Kan kat depan baju dia tuu hurup ” S ”
, Baju dia size S dahhh..

10) Buat Baik berpada-pada, Buat jahat
……….????
JANGAN LAGI….bukan buat jahat jangan
sekali kerana kalau inilah
jawapannya
maka kena buat jahat
berkali kali sebab disuruh buat jahat
jgn sekali….Faham ?!?

11) Siapakah orang yang paling layak
digelar ” keras kepala ” ?
Penunggang motosikal yang tak pakai
helmet…sebab mereka rasa
kepala
mereka
dah keras” tak payah
pakai helmet…maknanya kalau moto
mereka terbalek…terbabas
ke…masok
bawah
lori ke… kepala mereka
takkan pecah……..hehehehehe……

Tahniah….

Salam….

Tahniah saya ucapkan kepada Barisan Alternatif atas kejayaan menguasai 5 buah negeri dan kejayaan mengejutkan untuk menidakkan majoriti 2/3 BN di parlimen…. Kemenangan BA di Selangor dan Perak cukup mengejutkan banyak pihak. Pelbagai alasan dan sebab diberikan bagi menjelaskan kekalahan BN… namun, inilah suara rakyat Malaysia…. disamping masalah dalaman BN, kekuatan BA serta strategi yang digunakan berjaya menambat hati pengundi…. dibawah merupakan analisis saya berkenaan jatuhnye majoriti 2/3 BN selama 50 tahun di Malaysia…. maaf jika ia kurang tepat atau agak bias.. heheh….saya kurang pengetahuan dlam politik…

1. Kenaikkan harga barang, petrol, tol dan segala macam ‘naik’ menyebabkan rakyat kurang berpuas hati…. ditambah ketiadaan bonus pada hujung tahun…. situasi ini menyebabkan rakyat tertanya2, kenapa pada zaman Dr. M, walaupun dalam zaman kegawatan ekonomi, mereka masih boleh mendapat 1/2 month bonus, sedangkan pada zaman yg kononya ekonomi cukup baik, tak de bonus… mane perginyer duit2 itu… kebolehan PM menguruskan kewangan menjadi tanda tanya…. ditambah lagi dengan figure2 yg ditunjukan oleh BA pada kempen pilihan raya… menyebabkan rakyat semakin meragui kemampuan PM….

2. Isu perkauman yang dimainkan sebilangan pihak menyebabkan non-malay berasa ragu2 akan kemampuan parti2 komponen BN seperti MCA,MIC n Gerakan untuk mempertahankan hak mereka… ditambah pula dengan krisis kepimpinan seperti di dalam MIC….

3. Kemunculan ‘unknown power’ oleh Khairi Jamaludin (KJ) sehingga orang menganggapnye sebagai bayang2 PM… setiap perkara berkaitan kontrak kerajaan perlu dirujuk kepada KJ…. siapakah KJ utk meluluskannye…. isu KJ juga menimbulkan persoalan wujudnye kronisme dalam kerajaan… peningkatan kuasa KJ di FAM, UMNO malah secara tibe2 menjadi calon menimbulkan rasa tidak puas hati banyak pihak….ini menyebabkan sebhagian ahli BN sendiri,mengundi pembangkang atau tidak mengundi bagi menujukan perasaan tidak puas hati.

4. ‘Over control’ media menyebabkan rakyat, terutama pengundi muda bosan dan muak dengan cara kempen yg dilakukan BN… ini menyebakan mereka mencari alternatif media lain iaitu internet yang sudah pasti kebanyakkan cenderung memihak kepada BA….

Di atas hanya merupakan sedikit dari sebab2 yang dapt saya nyatakan… banyak lagi sebab2 sebenarnye…. namun kesuntukan masa membataskan saya menulis… sekian…